Saat Allah mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan itu adalah HATI..

~Disitulah Allah melenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka, kemudian berganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan berjiwa bersih.

Hati ini seolah berbisik:
~ Aku Tahu Bila ALLAH Mencintaiku, Iaitu Saat Aku Membenci Segala Kejahatanku...~

Sunday 31 March 2013

:: Pesanan Lukman Al-Hakim ::


“Pesanan Luqman kepada anaknya:





 “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :- 


a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah s. w. t. maka jagalah baik- baik fikiranmu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandanganmu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidahmu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangaimu.
e. Ingat kepada Allah s. w. t.
f.
Lupakan budi baikmu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.
h. Ingat kepada mati.



Biiznillah :)

Friday 29 March 2013

:: Open Your Eyes ::


Bismillahirrahmanirrahim...

Subhanallah
Alhamdulillah
Lailahaillallah
Allahuakbar

:)



Let us feel through this meaningful lyric...if we "have heart",we will feel so touch.If not,lets us check back "our heart",maybe the heart already not ours anymore )):

Open Your Eyes


Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..


الحمد الله
Alhamdulillah..

Do we open our "eyes" enough?Astaqfirullahal'azim :')

Thursday 28 March 2013

~Si Comel~


Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Segala puji hanya bagi Allah,tuhan yang menjadikan langit dan bumi
Yang mentadbir segala-galanya sama ada dilangit atau dibumi...

Segala nikmat dan ujian yang Allah berikan kepada kita,sama ada yang kita sedari ataupun tidak,adalah untuk menguji kita,adakah kita syukur atau sebaliknya yakni kufur...kadang-kadang,Allah hantarkan ujian yang kita harus lalui,walau dalam keadaan sukar dan sengsara,namun pengakhirannya adalah ibrah sangat manis dan menyejukkan hati yang boleh kita ambil.Dan sebaliknya,nikmat yang diberikan kepada kita membuatkan kita jatuh disebabkan lalainya kita dengan kesenangan berupa nikmat yang diberikan itu.

Orang beriman seperti sahabat-sahabat dizaman nabi,diberi nikmat lantas mereka syukuri,diberi ujian jua mereka iringi dengan lafaz alhamdulillah,wainnalillahiwainna ilaihi roji'un.Lafaz hamdalah senantiasa meniti dibibir mereka,keimanan mereka tidak dapat diganggu-gugat oleh apa pun ujian ataupun nikmat yang dikurniakan ilahi.Contohnya Nabi Ayub,seorang Nabi yang punyai segala-galanya sama ada berbentuk harta,kuasa ataupun anak-anak,diuji oleh Allah satu persatu,nikmat itu menjadi ujian sehingga Nabi Ayub hilang segala-galanya.Namun,Nabi Ayub masih bersyukur dan tatkala sakitnya menjadi parah sehingga kakinya berulat dan ulat itu jatuh,Nabi Ayub mengutip ulat yang jatuh itu lalui diletakkan kembali ditempat asal,kerana dia percaya bahawa setiap kesakitan,kesengsaraan dan kelemahan yang ditanggungnya pasti dinilai oleh Allah,tanpa sedikitpun disia-siakan.Dan akhirnya,berkat kesabaran dan keimanan Nabi Ayub,Allah mengilhamkan kesembuhannya melalui sebuah mimpi tentang mata air yang boleh digunakan untuk merawat penyakitnya.Manisnya hikmah yang Allah sembunyikan pada awalnya...

Semuanya kerana apa?ianya adalah kerana matlamat hidup mereka jelas,iaitu untuk menggapai keredhaan Allah dalam setiap tindak-tanduk mereka?Lalu dimana kita?Nauzubillah,semoga apa saja yang Allah berikan sama ada ujian mahupun nikmat dapat kita hadapi dengan tenang dan pasrah,untuk menggapai redha Allah S.W.T....moga segalanya dalam rahmat Allah,insyaallah aamiin :)



   
     ~Sayang Si Comel...kubersyukur padaMu ya Allah :))

Monday 25 March 2013

:: Wali Allah-Rabiatul Adawiyah ::



Bermula kisahnya...


Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.
Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.

Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap  tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohon doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyeksanya kemudia raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.

Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumahnya telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikam Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.

Pada masa yang sama diluar mereka didatangi kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditemuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok Rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui Kekasihnya.

Antara doa Rabiah Al Adawiyah yang termasyhur ketika beliau bercakap-cakap dengan Tuhan dan tatkala merintih di waktu sunyi berbunyi:

YA ALLAH..
APA SAJA YANG AKAN KAU KURNIAKAN KEPADAKU
BERKENAAN DUNIA
BERIKANLAH KEPADA MEREKA YANG MEMBURUNYA
DAN APA SAJA KEBAIKAN YANG AKAN KAU KURNIAKAN KEPADAKU
BERKENAAN AKHIRAT
BERIKANLAH KEPADA HAMBA MU YANG BERIMAN
KERANA AKU HANYA MAHUKAN KASIH MU TUHAN...

YA ALLAH
JIKA AKU BERIBADAH
KERANA SYURGAMU..
JANGANLAH ENGKAU MASUKKAN AKU KEDALAM SYURGA
ANDAINYA AKU BERIBADAH
KERANA TAKUTKAN NERAKAMU
MAKA LEMPARKANLAH AKU KEDALAMNYA
TETAPI YA ALLAH..
JIKA AKU BERIBADAH
KERANA INGINKAN KEREDHAANMU
MAKA JANGANLAH ENGKAU SIA-SIAKAN DAKU :’)

 



Aamiin ya rabbal ‘alamin...

Friday 8 March 2013

Perantau Menuju Tuhan :)



Bismillahirrahmanirrahim....
Memulakan entri pertama dengan penuh keterujaan...
Mencuba dan mencuba beberapa kali,sebelum dapat mencari dimana tempatnya untuk menulis entri pertama ini sebelum habis exam,tetapi tidak berjaya,alhamdulillah hari ini sebelum tamat exam semalam,Allah izinkan...

Benar kata orang,bantuan dan jalan Allah itu selalu ada tepat pada waktunya,tidak lambat dan tidak pula terlalu cepat.Merenung kekuasaan Allah dapat mengembalikan hati kita kepadaNya.Ya,kadang-kadang kita leka,kadang-kadang kita alpa,acapkali terlupa dek indahnya sajian dunia,namun tatkala hati nurani itu kembali,kepada Allah lah yang kita sandari...allhurabbi,allahughayatuna :')

Sedikit perkongsian,sekelumit kata penenang rasa,sebagai bingkisan yang pertamanya:






JIKA SAAT INI ...
~Kamu sedang tersenyum,
Semoga senyuman itu menjadi ibadah..
~Kamu sedang marah,
Semoga kemarahan itu tidak melampaui batas..
~Kamu sedang sedih,
Semoga kesedihan itu mampu menghidupkan hati dan jiwa..
~Kamu sedang letih,
Semoga keletihan itu menjadi penggugur dosa..
Semoga apa yang kamu lakukan hari ini jauh lebih baik dari waktu yang telah lalu..
Semoga kebahagiaan dan keberkatan mengiringi perjalanan hidup kita selalu..

#Pertolongan Allah itu datang selalunya TEPAT pada masanya..:)

Alhamdulillah...