Saat Allah mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan itu adalah HATI..

~Disitulah Allah melenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka, kemudian berganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan berjiwa bersih.

Hati ini seolah berbisik:
~ Aku Tahu Bila ALLAH Mencintaiku, Iaitu Saat Aku Membenci Segala Kejahatanku...~

Thursday 28 November 2013

~Kepintarannya Menguntungkan..Allah :)

KISAH NABI BERSAMA PEMUDA SYURGA ‘UKASYAH





Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah S.A.W., beliau menyuruh Bilal bin Rabah azan untuk mengerjakan solat, lalu berkumpullah para Muhajirin dan Ansar di masjid Rasulullah S.A.W. kemudian Rasulullah menunaikan solat 2 rakaat bersama semua yang hadir. 

Setelah selesai mengerjakan solat beliau bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata: 

"Alhamdulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang Nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izin Nya, dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau sesiapa mempunyai hak untuk dituntut, maka hendaklah dia bangun dan memberitahu saya sebelum saya dituntut di hari kiamat."

Rasulullah berkata sebanyak tiga kali kemudian bangun seorang lelaki yang bernama 'Ukasyah Bin Muhshan' dan berkata:" Demi ayah dan ibuku Ya Rasulullah S.A.W., kalau anda mengumumkan kepada kami berkali- kali sudah tentu saya tidak mahu mengemukakan hal ini." Lalu 'Ukasyah berkata lagi: "Sesungguhnya dalam perang Badar, saya bersamamu Ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang, setelah dekat saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya dapat mencium peha anda, tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda supaya berjalan cepat, yang mana pada masa itu anda terpukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama ada anda sengaja atau cuma hendak memukul unta tersebut."

Rasulullah S.A.W. berkata:" Wahai Ukasyah, Rasulullah sengaja memukul kamu."

Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata kepada Bilal r.a.: "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari."

Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata:"Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk di balas (qishash)."

Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a menyahut dengan berkata:" Siapakah di pintu?"

Lalu Bilal berkata:"Saya Bilal, saya diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W. untuk mengambil tongkatnya."

Kemudian Fatimah berkata:" Wahai Bilal, untuk apa ayahku meminta tongkatnya?"

Bilal berkata:"Wahai Fatimah, Rasulullah S.A.W. telah menyediakan dirinya untuk di qishash." Fatimah bertanya lagi:"Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk mengqishash Rasulullah S.A.W.?"

Bilal tidak menjawab pertanyaan Fatimah r.a., sebaik sahaja Fatimah r.a memberikan tongkat tersebut maka Bilal pun membawa nya kepada Rasulullah S.A.W.

Setelah Rasulullah S.A.W. menerima tongkat tersebut dari Bilal maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah'. Melihat hal yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a tampil ke hadapan sambil berkata:"Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda Rasulullah S.A.W., tetapi kamu qishashlah kami berdua."

Apabila Rasulullah S.A.W. mendengar kata-kata Abu Bakar dan Umar maka dengan segera baginda berkata:"Wahai Abu Bakar dan Umar, duduk lah kamu sesungguhnya Allah S.W.T. telah menetapkan tempat untuk kamu berdua."

Kemudian Ali r.a. bangun lalu berkata:"Wahai 'Ukasyah! aku adalah orang yang sentiasa berada disamping Rasulullah S.A.W. oleh itu kamu pukul lah aku dan janganlah kamu mengqishash Rasulullah S.A.W."

Lalu Rasulullah S.A.W. berkata:" Wahai Ali, duduklah kamu, sesungguhnya Allah S.W.T. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hati mu."

Setelah itu Hasan dan Husin bangun dan berkata:"Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah S.A.W., kalau kamu mengqishash kami sama dengan kamu mengqishash Rasulullah S.A.W."

Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah S.A.W. pun berkata: "Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua."

Rasulullah S.A.W. berkata:" Wahai 'Ukasyah, pukul lah saya kalau kamu hendak memukul."

Kemudian 'Ukasyah berkata:" Ya Rasulullah S.A.W. anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju."

Maka Rasulullah S.A.W. pun membuka baju, sebaik sahaja
Rasulullah S.A.W. membuka baju maka menangislah semua yang hadir.

Sebaik sahaja 'Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah S.A.W. maka dia pun mencium beliau dan berkata: "Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah S.A.W. Siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah S.W.T. dengan badan saya dan Allah S.W.T menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu."

Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata:"Dengarlah kamu sekelian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya."

Kemudian semua para jemaah bersalaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah berkata:" Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah S.A.W. di dalam syurga."


Ini kisah mereka...yang kenal Nabi,yang faham perjuangannya,yang senantiasa ingin bersamanya..walau perlu berkorban apa jua sekalipun...

Kita?

~Allahummasolli 'ala Muhammad :')


Monday 22 July 2013

"Dia Muhammad,Qudwah Umat" :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah,atas segala nikmat dan ujian yang telah diberikan kepada kita sebagai hamba.Meneladani sirah Nabi junjngan,Muhammad SAW,terpana pada indahnya budi dan akhlak.Sungguh!Jika hendak kita kaji dan dalami sirahnya,perlukan masa yang sangat lama,kerana setiap daripada tingkah-laku Baginda Nabi,rutin harian,sejarah hidup dari seusia didalam kandungan hingga wafatnya Baginda Nabi,setiap satu peristiwa menjadi "buah tangan" indah buat para pencintanya.Allahummasolli'ala Saidina Muhammad :)


Dalam hidup kita,kita pasti akan berjumpa dengan orang-orang disekeliling yang kadang-kala mendatangkan pelbagai perasaan,suka mahupun duka.Namun,untuk Baginda Muhammad,walaupun tidak pernah bersua-muka,akhlaknya,perjuangannya,kasih-sayangnya sampai kepada kita.Perlu untuk kita mengetahui tentang sirah Baginda kerana ada panduan buat bekal diperjalanan kita sepanjang jalan menuju negeri abadi ini. 

Baru-baru ini,saya diberi tugasan untuk menjadi naqibah bagi Islamic Circle yang diadakan di MSU untuk sahabat2 muslimat sementara menunggu muslimin selesai solat Jumaat.Tajuk yang dibawakan ialah "Dia Muhammad,Qudwah Umat" sesuai dengan pembacaan saya pada waktu itu.Benar,kadang-kadang kita terlalu sibuk atas urusan dunia sehingga melupakan hamba Allah yang sepatutnya menjadi seseorang yang SANGAT PENTING dalam hidup kita ini.Saya memilih tajuk ini atas sebab ingin memuhasabah diri sendiri,yang juga seringkali lupa untuk mengingati Baginda Nabi dalam kehidupan sehari-harian,malah adakalanya lupa untuk berselawat ke atas Baginda Nabi sedangkan....Baginda Nabi-lah yang akan memberi syafaat kepada kita nanti di akhirat kelak.Astaqfirullah... :')



Satu peristiwa yang menarik yang masih saya ingat,untuk dikongsikan bersama.

Suatu hari..nabi bertanya:"siapakah hamba Allah yg mulia?"

sahabat menjawab: "para malaikat ya Rasulullah"
sahabat: "tentulah para nabi, merekalah yg mulia"

Nabi  tersenyum lalu berkata:"ya, mereka mulia tetapi ada yang lebih mulia"

para sahabat terdiam lalu berkata:"adakah kami yang mulia itu ya Rasulullah?"
nabi berkata;" tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, kalian membantu perjuanganku, tetapi bukan kalian yang aku maksudkan..

Nabi menundukkan wajahnya, baginda menitiskn air mata sehingga membasahi pipi dan janggutnya lalu berkata...

"Wahai sahabatku, mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah & tahukah kalian..mereka tak pernah melihatku, mereka hidup tidak dekat denganku seperti kalian tetapi mereka sangat rindu kepadaku & saksikanlah wahai sahabatku bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA..MEREKALAH UMATKU! "


~Sedangkan Nabi memuliakan kita....mengapa tidak kita juga memuliakannya selayaknya  Allah....(T_T)

  
Allah berfirman didalam Al-Quran,melalui surah Ali-'Imraan ayat 144:
"Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu)."

Ayat ini dibacakan oleh Saidina Abu Bakar saat para sahabat tidak dapat menerima berita kewafatan nabi.Renungkan,jika saat itu kita ditempat mereka,kita juga pasti akan sedih dan tidak dapat menerima hakikat itu pada mulanya.Namun Allah terlebih dahulu memberi petunjuk melalui ayat-ayatNya.

      (Ya Allah...berilah peluang kepadaku untuk bermimpi bertemu Baginda Nabi Muhammad SAW,aamiin :')
*Bagi yang membaca post ini,mari kita sama-sama berselawat ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW.Kerana Allah telah berfirman,
yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Maka,
wahai mereka yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya dengan sebaik selawat dan salam." (Surah Al-Ahzab:56)

Moga beroleh manfaat,Illalliqa'...assalamualaikum :)



Thursday 13 June 2013

~Hati-hati menjaga HATI :)

Bismillahirrahmanirrahim.....
Alhamdulillah,segala puji bagi Allah SWT,yang mentadbir sekalian alam ini tanpa dapat difikirkan oleh manusia secara khususnya,tentang bagaimanakah caranya sehingga alam ini dapat ditadbir dengan lancar dan sistematik sebegini rupa..Allahuakbar!

Berkisar tentang hati....ramai yang mentafsirkan dengan segala macam tafsiran,kerana hati itu pintu segala perasaan,sama ada yang baik ataupun buruk.Eh tapi....tak semua perasaan baik itu baik,dan tak semua perasaan yang buruk itu buruk.Hmmm....macam mana tu ya??????


    Sebelum tu....kawan-kawan,hati Al-Quran tu surah Yasin tau :)

Berbalik kepada persoalan tadi,sebenarnya begini...perasaan yang baik,andai diletakkan ditempat dan masa yang salah,ia akan mengakibatkan sesuatu yang tidak baik.Contoh,perasaan rindu,cinta,sayang dan sebagainya pada awalnya baik bukan?*sambil membuat muka tanda-tanya* tetapi jika merindui,mengasihi atau mencintai orang yang tidak halal bagi kita secara berlebih-lebihan,ia akan menyebabkan natijah yang tidak molek,baik dari segi hati,fikiran mahupun perbuatan.Situasi ini terlalu panjang untuk dihuraikan,namun umum mengetahui tentang isu ini sama ada menerusi laman sosial,radio,televisyen dan media yang lain,mahun diri sendiri yang mengalaminya.Benarkah??Krikk...krikkk  :)


      Sama tapi berbeza,mana satu pilihanmu?? :)

Hm...begitulah sebaliknya,perasaan yang tidak baik seperti marah,cemburu,hasad dengki dan lain-lain adalah baik terkadangnya.Contohnya..kemarahan yang perlu untuk mengajar atau memberi peringatan.Seorang ibu atau ayah tidak dapat hanya berkata-kata untuk menegur si anak yang masih belum mengenal erti kehidupan.Kemarahan itu boleh namun jangan berlebihan kerana sabda Nabi Muhammad SAW :"la taghdab-jangan marah" diulangnya berkali-kali untuk menegaskan bahawa marah itu tidak baik jika diamalkan selalu.Selain itu,marah kerana agama dipersendakan juga adalah baik kerana Muslim yang baik tidak akan betah jika agamanya dipersendekan,apatah lagi atas sebab kepentingan peribadi.Allahu :')

Bercakap tentang hasad dengki...benarkah hasad dengki dibolehkan dalam Islam?Bukankah hasad dengki memakan amal si pelaku ibarat api yang memakan kayu api.Sungguh,dengki dilarang dalam Islam tetapi berkondisi..Kondisi yang dimaksudkan adalah berdasarkan hadis ini:

“Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Tidak boleh dengki dan iri hati kecuali dalam dua perkara; iaitu iri hati terhadap orang yang dikurniai harta lalu menginfakkannya (di jalan Allah) pada malam dan siang hari, (juga iri hati) kepada orang yang diberi kepandaian membaca al-Quran lalu membacanya setiap malam dan siang.”

 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kena pehe molek deh...moga Allah sentiasa merahmati kita semua,biiznillah..Assalamualaikum wbt :)

Monday 10 June 2013

Ku PerlukanMu Ya Allah,sungguh :')

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum warahmatullah :)

Memulakan hari pertama sem baru (sem 5) dengan kesihatan yang kurang baik,mungkin disebabkan perubahan cuaca dikampung dan disini,sakit sebagai kaffarah dosa :')...Allahu,rindu pada diri yang dulu,dalam Allah menghadirkan satu keadaan yang lebih baik pada pandanganNya,boleh jadi pada kita ianya kurang menyenangkan pada mulanya.Kerana apa?Sudah pasti kerana kita tidak mengetahui apa yang akan terjadi disebalik semuanya.

Belakangan ini,saya selalu terfikir untuk menjadi hamba Allah yang dijemput menghadapNya dalam usia yang muda,Allah...memang teringin sangat,bertambah-tambah bersemangat apabila teringatkan arwah abah yang telah meninggalkan kami semua pada Februari yang lepas,namun..apabila diuji Allah dengan kesakitan yang sedikit baru-baru ini,yang membuatkan saya berasa agak "sakit",saya terfikir sendiri.."kalau sakit macam ni pun dah rasa sakit,macam mana nak hadapi sakaratul maut ni,Allah"...mungkin disebabkan itu saya belum layak,namun ajal maut seseorang itu tidak dapat ditunda barang sesaat,tanpa bertanya apakah kita sudah bersedia ataupun belum...

Teringat satu hadis mengenai kematian mengejut:

"Kematian mengejut itu adalah kesenangan bagi orang mukmin dan penyesalan bagi orang derhaka"
(H.R Ahmad)


Allah..hadis ini buat saya membacanya berulang kali,sambil membenarkannya.Sungguh,tetapi andai suatu hari nanti ini berlaku..senangkah?atau menyesalkah?Allahurabbi...astaqfirullah'azim....moga kesenangan yang dirasakan jika ianya berlaku,aamiin :)


Berfikir soal kematian itu baik,namun lebih jika ianya disertakan dengan penambahan amalan,semoga tidak hanya sia-sia natijahnya.Tetapi,tatkala jasad masih memijak dibumi,di alam dunia ini,selagi itulah tanggungjawab yang sedia ada itu masih terpikul.Tanggungjawab sebagai anak kepada seorang emak,kepada arwah abah,adik kepada kakak dan abang,sebagai kawan,anak murid,dai'e dan khalifah dibumi Allah.

Semoga Allah memberi kekuatan dan semangat kepada para penuntut ilmu agar sentiasa cekal dalam apa jua yang dilalui demi menjadi mahasiswa/wi yang seimbang bagi kehidupan didunia dan kehidupan di akhirat yang abadi...

"Ya Allah,untuk segala apa yang terjadi...aku mohon bimbingan dan rahmatMu...kerana aku tidak tahu apa yang akan berlaku dalam hidupku,dalam tempoh sesaat kehadapan apatah lagi tempoh yang panjang tak terpandang,moga Engkau tuntunku dan umat Islam seisinya dalam pelukan kasih-sayangMu..kami memerlukanMu sentiasa dan selama-lamanya,cukuplah Engkau bagi kami,Engkaulah sebaik-baik penolong,aamiin :')




Allahu yusahhil alaiyya :')

Saturday 18 May 2013

~Fatrah Imtihan~

Bismillahirrahmanirrahim....

Subhanallah,
Alhamdulillah,
Lailahaillallah,
Allahuakbar....


Untuk minggu-minggu yang sangat penuh jadualnya,dan sangat memenatkan...akhirnya tibalah fatrah imtihan.Setiap pelajar yang bernama pelajar tidak akan lari dari menghadapi peperiksaan.Dalam usaha bergerak kerja dalam dakwah,tak kurang juga Allah datangkan ujian..untuk menguji hati lembut ini.Masihkah dapat bertahan?Masihkah dapat mengamalkan apa yang senantiasa dikongsikan pada orang lain saat mereka rebah?Allahu Allah...kadang-kadang,kita sedih mengenang dunia seolah-olah kita tidak akan pernah meninggalkannya.sedangkan pada hakikatnya....ia sedang berlari meninggalkan kita...Tabahkan hati kami ya Allah...

                                                                          :')



Ya Allah,bukakan kepada kami HikmatMu dan berikan kepada kami RahmatMu,ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Allahummanajihna fikulli imtihan,fiddunya wal'akhirah..
Rabbi yassir walatu'assir...rabbi tammim bilkhair,aamiin :)

Sunday 12 May 2013

~Sahabatku~ :)

Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah,masih diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk bernafas,menghirup udara segar milikNya tanpa perlu bayaran.Allah S.W.T masih kurniakan nikmat yang terbesar dalam hidup kita,yakni IMAN dan ISLAM.Lafaz hamdalah kusebut meski kutahu kelalaianku lebih banyak dari sedarku tentang keagungan dan kekuasaanMu ya Allah...

Ketika jari masih boleh menaip,ingin sekali kutuliskan agar setitis pena ini dapat menjadi saksi antara Engkau dan Aku..Aku hanya hambaMu,Engkau adalah Tuhanku,satu-satunya dan tiada yang lainnya.Istimewa Tiada Dua.Dialah ALLAH S.W.T,tuhan semesta alam...

Hari ini,teringat satu kata-kata/pesanan yang dinukilkan kemas oleh imam al-Ghazali.Ianya tentang sahabat.Apa itu sahabat?Mungkin kita terbiasa mendengar perkataan ini..namun sejauh manakah perkataan ini benar-benar kita selami dan hayati.Lantas kuteringat,ku juga punya sahabat.Ya,alhamdulillah..Allah kurniakan salah satu nkmat dalam hidupku dengan mempunyai sahabat :)

Sahabat pada tafsiranku adalah dia,seorang kawan dan teman,yang sentiasa bersama kita disaat susah mahupun senang.Senang kita dia raikan,susah kita dia berikan semangat.Allah,sungguh nikmatMu melaut luas.Mencari sahabat itu tidaklah mesti kita mencari segala kebaikannnya lantas kita berbaik dengan.Akan tetapi,bersahabat itu adalah kamu berkongsi bebolehannya dan menampung apa yang kurang pada dirinya.

"What you give,you get back".Ya,sesuai sekali ayat ini dengan untuk menggambarkan sebuah persahabatan.Kerana,jika kita berikan kasih-sayang,kasih-sayang yang akan kita dapat kembali.Begitu jugak dengan yang lainnya seperti kejujuran,keikhlasan,perhatian dan sebagainya.


Mari kita telitikan,apa pesan Imam al-ghazali yang saya maksudkan tadi.Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

* Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
* Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
* Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
* Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
* Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
* Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
* Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.



Indah,satu garis panduan yang sangat bagus untuk diikuti,jom semua...utamakan menjadi,bukan mencari..mudah-mudahan dalam usaha kita menjadi sahabat yang baik itu,Allah hantar dia yang sesuai untuk kita jadikan sahabat didunia dan di akhirat,aamiin :)



P/s:Selamat Hari Lahir Syarmila Ishak,,,sahabat yang nani kasihi :)

Tuesday 7 May 2013

~Yang namanya kehidupan itu~

Bismillahirrahmanirrahim....




Terbaca satu ayat yang menyentuh hati,dalam sebuah page di laman sosial facebook...sungguh,ia menyentuh hati kecil ini...bunyinya begini:

"Hidup ini bukan satu pertandingan, tetapi satu perkongsian... Tinggalkan mereka yang suka membuat perbandingan dengan harta, nama dan jawatan... Kita teruskan dengan perkongsian ilmu, iman dan kebajikan... Yang penting ikhlas memberi dan bukan untuk menerima... Berjuang bukan kerana nama... LillahiTa'Ala ♥


Mungkin ayat ini ada kaitannya dengan situasi yang baru kita alami sekarang,PRU13...ramai yang melontarkan pandangan dan kritikan tentang hal itu,tidak kira dari pihak yang hak atau yang sebaliknya.Namun,apa yang kita sedia yakin adalah Allah mengetahui segala-galanya...

Bagi pihak yang menzalimi,ada habuannya nanti..bagi pihak yang terzalimi,moga Allah kurniakan kesabaran atas apa yang telah berlaku,kerana kita merancang,Allah juga merancang...dan perancangan Allah itu sudah wujud sebelum kita kenal apa erti perancangan,Allahuakbar!

Sungguh,hati ini sedih...walau hanya menjadi "sebahagian kecil" dalam perjuangan Islam,sehingga tidak dapat dinisbahkan pun usaha dan perjuangan dalam gerak kerja yang dijalankan bagi memenangkan Islam...tetapi kepedihan itu turut dirasai,namun bukanlah alasan itu yang digunakan untuk menjadikan diri lemah.

Kita harus bangkit dan terus maju dalam bergerak kerja,kerana kemenangan hanyalah wasilah,tetapi keredhaan Allah jualah yang paling kita harapkan...Allahughayatuna :')
Moga Allah iringi kesedihan ini dengan sesuatu yang tidak disangka-sangka,dan membuatkan semua pejuang Islam berbahagia hingga ke JannahNya,aamiin...

Firman Allah dalam surah as-saff ayat 10 hingga 13:


Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
   
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
   
(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu ditempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga `Adn. Itulah kemenangan yang besar.

Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.

Allah!Please strengthen our heart :')