Assalamualaikum warahmatullah :)
Belakangan ini,saya selalu terfikir untuk menjadi hamba Allah yang dijemput menghadapNya dalam usia yang muda,Allah...memang teringin sangat,bertambah-tambah bersemangat apabila teringatkan arwah abah yang telah meninggalkan kami semua pada Februari yang lepas,namun..apabila diuji Allah dengan kesakitan yang sedikit baru-baru ini,yang membuatkan saya berasa agak "sakit",saya terfikir sendiri.."kalau sakit macam ni pun dah rasa sakit,macam mana nak hadapi sakaratul maut ni,Allah"...mungkin disebabkan itu saya belum layak,namun ajal maut seseorang itu tidak dapat ditunda barang sesaat,tanpa bertanya apakah kita sudah bersedia ataupun belum...
Teringat satu hadis mengenai kematian mengejut:
"Kematian mengejut itu adalah kesenangan bagi orang mukmin dan penyesalan bagi orang derhaka"
(H.R Ahmad)
Allah..hadis ini buat saya membacanya berulang kali,sambil membenarkannya.Sungguh,tetapi andai suatu hari nanti ini berlaku..senangkah?atau menyesalkah?Allahurabbi...astaqfirullah'azim....moga kesenangan yang dirasakan jika ianya berlaku,aamiin :)
Berfikir soal kematian itu baik,namun lebih jika ianya disertakan dengan penambahan amalan,semoga tidak hanya sia-sia natijahnya.Tetapi,tatkala jasad masih memijak dibumi,di alam dunia ini,selagi itulah tanggungjawab yang sedia ada itu masih terpikul.Tanggungjawab sebagai anak kepada seorang emak,kepada arwah abah,adik kepada kakak dan abang,sebagai kawan,anak murid,dai'e dan khalifah dibumi Allah.
Semoga Allah memberi kekuatan dan semangat kepada para penuntut ilmu agar sentiasa cekal dalam apa jua yang dilalui demi menjadi mahasiswa/wi yang seimbang bagi kehidupan didunia dan kehidupan di akhirat yang abadi...
"Ya Allah,untuk segala apa yang terjadi...aku mohon bimbingan dan rahmatMu...kerana aku tidak tahu apa yang akan berlaku dalam hidupku,dalam tempoh sesaat kehadapan apatah lagi tempoh yang panjang tak terpandang,moga Engkau tuntunku dan umat Islam seisinya dalam pelukan kasih-sayangMu..kami memerlukanMu sentiasa dan selama-lamanya,cukuplah Engkau bagi kami,Engkaulah sebaik-baik penolong,aamiin :')

Allahu yusahhil alaiyya :')
No comments:
Post a Comment