Saat Allah mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan itu adalah HATI..

~Disitulah Allah melenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka, kemudian berganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan berjiwa bersih.

Hati ini seolah berbisik:
~ Aku Tahu Bila ALLAH Mencintaiku, Iaitu Saat Aku Membenci Segala Kejahatanku...~

Tuesday 7 May 2013

~Yang namanya kehidupan itu~

Bismillahirrahmanirrahim....




Terbaca satu ayat yang menyentuh hati,dalam sebuah page di laman sosial facebook...sungguh,ia menyentuh hati kecil ini...bunyinya begini:

"Hidup ini bukan satu pertandingan, tetapi satu perkongsian... Tinggalkan mereka yang suka membuat perbandingan dengan harta, nama dan jawatan... Kita teruskan dengan perkongsian ilmu, iman dan kebajikan... Yang penting ikhlas memberi dan bukan untuk menerima... Berjuang bukan kerana nama... LillahiTa'Ala ♥


Mungkin ayat ini ada kaitannya dengan situasi yang baru kita alami sekarang,PRU13...ramai yang melontarkan pandangan dan kritikan tentang hal itu,tidak kira dari pihak yang hak atau yang sebaliknya.Namun,apa yang kita sedia yakin adalah Allah mengetahui segala-galanya...

Bagi pihak yang menzalimi,ada habuannya nanti..bagi pihak yang terzalimi,moga Allah kurniakan kesabaran atas apa yang telah berlaku,kerana kita merancang,Allah juga merancang...dan perancangan Allah itu sudah wujud sebelum kita kenal apa erti perancangan,Allahuakbar!

Sungguh,hati ini sedih...walau hanya menjadi "sebahagian kecil" dalam perjuangan Islam,sehingga tidak dapat dinisbahkan pun usaha dan perjuangan dalam gerak kerja yang dijalankan bagi memenangkan Islam...tetapi kepedihan itu turut dirasai,namun bukanlah alasan itu yang digunakan untuk menjadikan diri lemah.

Kita harus bangkit dan terus maju dalam bergerak kerja,kerana kemenangan hanyalah wasilah,tetapi keredhaan Allah jualah yang paling kita harapkan...Allahughayatuna :')
Moga Allah iringi kesedihan ini dengan sesuatu yang tidak disangka-sangka,dan membuatkan semua pejuang Islam berbahagia hingga ke JannahNya,aamiin...

Firman Allah dalam surah as-saff ayat 10 hingga 13:


Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
   
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
   
(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu ditempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga `Adn. Itulah kemenangan yang besar.

Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.

Allah!Please strengthen our heart :')


No comments:

Post a Comment